Rabu, 11 Julai 2012

Refleksi Minggu Pertama


(Refleksi Minggu Pertama)

Salam Sejahtera ..
 
     Saya berasa sangat berbesar hati dan sangat senang membuat refleksi tentang subjek Kecerdasan Emosi yang memberi peluang kepada kami untuk membuat refleksi pada setiap minggu tentang input yang diperoleh sepanjang kelas ataupun kuliah yang telah dijalankan. Walaupun ini kali pertama saya membuat blog namun saya tetap akan berusaha mencorakkan  isi blog ini dengan seindah mungkin dengan mengaitkan input yang telah diperolehi semasa sesi pembelajaran.

     Pada mulanya, saya tertanya-tanya dalam minda saya apakah yang dimaksudkan dengan “Kecerdasan Emosi”. Perkara pertama yang saya fikir tentang maksud kecerdasan emosi ini ialah kemahiran untuk mengawal perasaan. Pada sesi pembelajaran kami yang pertama kami telah diperkenalkan apa itu kecerdasan emosi, intelek dan spiritual oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Norihah. Beliau telah menerangkan maksud tersebut secara terperinci.

     Kecerdasan emosi boleh didefinisikan iaitu kebolehan individu untuk memahami dan mentafsir perasaannya sendiri dan menggunakan maklumat sebagai panduan semasa berfikir dan bertindak. Kecerdasan emosi juga dapat dijelaskan sebagai kebolehan individu mengurus emosi dan meluahkan perasaan dengan tepat. Jadi, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran kita seharusnya dapat berfikir dan mengawal emosi kita dan tidak sewenang-wenangnya membuat sesuatu perbuatan di luar kawalan emosi kita ini kerana akan memakan dan merosakkan  diri kita sendiri.

     Seterusnya, ialah kecerdasan intelek. Intelek merupakan salah satu aspek potensi yang terdapat dalam diri manusia… kecerdasan intelek juga merupakan hasil keupayaan memproses maklumat kognitif oleh otak manusia.

    Kecerdasan spiritual pula adalah kecerdasan jiwa yang membantu seseorang untuk mengembangkan dirinya secara utuh melalui penciptaan kemungkinan untuk menerapkan nilai-nilia positif. Kecerdasan spiritual juga merupakan fasilator yang membantu seseorang untuk mengatasi persoalan dan berdamai dengan persoalan itu. Ciri utama kecerdasan spiritual ini dapat ditunjukkan dengan kesedaran seseorang untuk menggunakan pengalamannya sebagai bentuk penerapan nilai dan bentuk dalam pelakuannya.

    Kesimpulannya, diharapkan semua kita dapat menerapkan dan mengaplikasikan kecerdasan-kecerdasan ini dalam kehidupan seharian agar kehidupan kita sentiasa disulami keindahan .

Sekian sahaja refleksi saya ini dan kita bersua lagi pada minggu seterusnya …. Terima kasih.

Isnin, 9 Julai 2012

PPISMP 3A IPG Kampus Bahasa Melayu ~

  Selamat pagi semua ...Werrrrrrrrrr ~


Nama pelajar PPISMP 3A


aishah binti nol
alson jafrin
amir asyraff
andrew jasinin
ferra avila
jainal garaman
khairul jusmin
mardhiah baharom
marianshah sarudin
masuanzzy masuaning
mohd elmin
mohd khairil
mohd syafiq
mohd quratulikwan
mujahidah mujin
najwa nabilah
nor shafilah kassim
noradini rosli
norawati hammid
norsiti along
nur diyana zakaria
nur hidayah mohd zabidi
nur izzati nan azmie
siti maridah mujad
siti nor suliana noor azri
siti rashidah ramali
stanly jaya
viettylea gipin
wyna anak thomas


we are John Cena ...err ..silap ..


        we are geng ! ........ loading ....~